Tuesday, December 21, 2010

Teringat kat Arwah Siti Mazni

Assalamualaikum semua .. Hari ini mood aku tak berapa happy .. 'Mendung' je .. Sebab masih teringat kat Arwah Siti Mazni .. Pening aku bila fikir macamanalah dia harungi semua ni semasa nak dibunuh tu .. Bila aku baca surat khabar Metro hari ni .. Dia rupanya dikelar di leher dan ditikam 3 kali .. Pehh !! .. Sungguh mengerikan .. Sedih benor rasanya .. 

Apalah motif si pembunuh tu .. Ko tu dahlah bawah umur .. Dah kemaruk nak bunuh orang sangat ke .. Dahlah aku tak boleh tengok aksi-aksi mengerikan .. Nak muntah rasanya .. Bertambah pening bila fikirkan macamana orang kena bunuh .. Heishh .. Penjahat-penjahat kat luar sana tak fikir ke .. Kalau buat jahat last-lastnya kantoi jugak .. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga .. Ingat hebat sangat ke korang tu ( penjahat-penjahat ) .. Allah lagi hebatlah .. Emosi betul aku hari ni .. Alhamdulillahnya Arwah Siti Mazni selamat dikebumikan ..

=======================================================================

BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, Jumaat lalu, dikelar di leher dan ditikam tiga kali di bahagian depan badan.
Pendedahan itu dibuat bapa Siti, Abdul Rahman Hassan, 40, kepada Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga Johor, Dr Robiah Kosai yang melawat rumahnya semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati kesan kelar di leher selain tiga luka dipercayai kesan tikaman di depan badannya.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu maklumat lanjut kerana sibuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dan dikebumikan,” katanya.

Siti yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra dilaporkan hilang selepas bertemu rakan, Rabu lalu. Mayatnya ditemui tertiarap dan berlumuran darah serta disembunyikan di bawah himpunan pelepah sawit di kebun kelapa sawit kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Kakak angkat arwah, Haizatul Farhalena M Azman, 16, berkata dia terkejut kerana petang Rabu lalu, sebelum kejadian, dia terserempak mangsa di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, kami hanya berbalas senyuman, ketika itu Siti memakai baju-T merah jambu, pakaian sama ketika mayatnya ditemui polis.

“Saya tidak sangka kejadian tragis ini akan berlaku. Sepanjang perkenalan, dia periang serta sentiasa tersenyum,” katanya.
Rakan arwah, Haizatul Alia Selamat, 14, berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan berkaitan kematian Siti.

“Di kalangan rakan, kami tahu arwah dan seorang daripada suspek berkawan rapat, namun kami dapati sejak kebelakangan ini persahabatan mereka sedikit renggang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa raya tidak lama lagi.

“Kami menganggap kes selesai dengan penahanan dua suspek Jumaat lalu serta penemuan mayat, bagaimanapun, kami belum memastikan punca kematian kerana masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.


Artikel : myMetro 

3 comments:

Annisa said...

Moga dia ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

takut betul la dengan keaddaan sekarang ni, sampai sanggup membunuh. -__-

Farah Awang said...

aku rase nk mencarot je kt bdk laki yg bunoh dia
mesti bf dia
tak pun kwn baik tp ntahpape je prangai
agak2 ar kalo nk xpuas hati ke sakit hati ke
haishh

Sallehudin Said said...

betul tu ..
budak bawah umur pulak tu ..