Saturday, December 25, 2010

Boleh dilabelkan anak derhaka ke anak macam ni ??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .. Dan selamat petang kepada blogger-blogger yang selalu menyinggahkan diri ke blog aku ni .. Tak lupa jugak kepada pembaca-pembaca .. hehe .. Tengkiu sangat-sangat kerana sanggup datang ke blog aku ni .. Harap jangan segan silu untuk datang lagi .. Ok berbalik kepada tajuk .. Hari ni aku nak tanya koranglah .. Semakin dunia bertambah maju dan moden .. Semakin berkembanglah gejala tak bermoral berlaku .. 

 ( Ambil dari Enchix Google )

Banyak budak melakukan sumbang mahram, beromen seks bebas, samseng jalanan, hisap rokok, hisap dadah dan bermacam-macam lagi yang banyak berlaku kat dunia ini .. Apalah yang dia orang ( pelaku tak bermoral ni ) rasa buat semua tu .. Aku tahu tak semua jahat macam tu .. Mungkin terdesak .. Tapi sampai bila .. Buat tetap buat .. Kesalahan tetap kesalahan .. Tak boleh ditukar .. Tak fikir dosa ke .. Aku taklah baik sangat tapi tak adalah sampai lakukan perkara macam ni .. Bila member ajak .. Aku fikir .. Benda tu salah ke tidak .. Tak salah, boleh buat .. Yang salah, jauh-jauhkan .. Jangan didekatilah ye .. Lagi satu .. Kalau dah kantoi .. Mak bapak tahu .. Tak rasa bersalah ke .. Yang mak bapak dah malu dengan jiran-jiran terdekat .. Yang anak buat bodoh je .. Anak macam ni di anggap derhakakah ?? Bukan setakat gejala tak bermoral .. Gejala kekejaman pun ada .. Dera anak .. Dera anak bos .. Dan paling yang ditakuti ramai .. Pembunuhan !! .. Pasal awek pun kadang-kadang nak berbunuh-bunuh .. Tak paham aku .. Heish !!

Baru sebentar tadi baca surat khabar online .. MyMetro .. Tengok antara page yang popular adalah dua beradik peluk kekasih .. Tetiba tergerak hati ibu rasa nak tengok anak dia .. Tub tub .. Anak-anak sedang .. Bersambung .. Beritanya di bawah ni ( Potong line betullah mamat ni ! ) .. hehe ..

....................................................................................................

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. 

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Artikel dari MyMetro 



p/s : Renung-renungkanlah .. Harap jauhkan benda-benda yang melalaikan kita .. Nanti dah terjebak baru nak taubat ..

1 comments:

bayi beriman said...

kesiannyerr ..
harap d jauhkn drpd keluarga aku .

jemput dtg blog aku

http://bayiberiman.blogspot.com/