Saturday, December 11, 2010

Konsert Gemuruh DT

Assalamualaikum semua ..
Hari ni panas betulkan .. 
Berpeluh-peluh aku nak pikirkan entri hari ni .. hehe ..
Dah petang baru dapat idea ..
Entri kali ni aku nak cerita ni ..

Kepada para peminat Konsert Double Trouble 
yang menggandingkan dua gergasi rock ..
Search dan Wings ! ..
Konsert itu akan diteruskan  lagi ..
Tapi bukan guna nama Konsert Double Trouble lagi ..
Dah ditukar ke Konsert Gemuruh DT ! ..
Mesti gempak kali ni beb ! ..
Konsert itu diteruskan kerana 
semasa Konsert Double Trouble di 
Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur 
dan Stadium Larkin, Johor Bahru 
telah melakar kejayaan di luar jangka ..
Kaya seh sapa penganjur tuh .. haha XD ..

Lokasi pertama pada 18 Disember di 
Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang ..
Berlangsung pada jam 8.45 malam ..
Harga tiket telah ditetapkan sebanyak RM70 ..
Dah boleh tempah mulai sekarang ..
Cepat-cepat ! ..
Nanti tak dapat masuk .. haha :D
Tempahan dibuat secara online di www.1Malaysiaticket.com 

Selepas destinasi utara ..
Kosert Gemuruh DT menemui peminat di 
Surf Beach@Sunway Lagoon 
pada 25 Disember pula ..
Ada sesiapa disini nak tiket percuma ?

Kalau nak ..
 Pembaca Harian Metro perlulah 
mengumpulkan ‘masterhead’ Harian Metro selama lima hari 
berturut-turut bermula Isnin ini 13 Disember sehingga 17 Disember 
untuk pertukaran mendapatkan satu tiket ekslusif Konsert Gemuruh DT ..
Sebanyak 20 keping tiket dan 10 kemeja-T shirt eksklusif 
ditawarkan untuk penukaran ini ..

Masa penukaran terhad selama dua jam bermula dari 
jam 3 petang hingga jam 5 petang saja .. 
Penyertaan dan penukaran tertakluk kepada 
‘siapa cepat dia dapat’ ..


*Info ni aku ambil dari Harian Metro ..
Nak tengok sendiri ..

0 comments: