Assalamualaikum semua .. Selamat Petang .. Bersempena hari jumaat yang indah ni aku nak post entri la .. Bosan tak buat pape baik aku menaip papan keyboard ni sikit .. Ada la sikit hilang kebosanan ni .. Nak blogwalking .. urm .. Jap lagi .. Nak post entri ni dulu .. Time cuti ni, aku jadi seorang pakcik .. Aku terpaksa menjaga anak buah aku yang comel montel tu .. Baru berusia setahun lebih .. Berjantina wedok perempuan .. Aku akan menjaga dia pada waktu pagi .. Ini kerana mak aku nak masak .. Susah nak jaga .. Tu yang aku kena jaga tu .. Tak pe la .. Tolong makkan .. Syurga di bawah telapak kaki ibu beb .. Kena la ikut cakap .. haha :D .. Aku sakit hati sedikit dengan anak buah aku tu .. Sebab tak jalan-jalan lagi .. Budak-budak yang sebaya dengan dia semua dah jalan .. Siap dah main kat bawah ( main kat luar la .. ) .. Tengok jiran aku tu .. Anak dia dah main pasir dah .. haha .. Teringin tengok anak buah aku berbuat demikian .. Sekarang dia cuma pandai merangkak, nak panjat-panjat, Speaking-speaking cakap-cakap ( Sebenarnya tak paham pon apa yang dibebelkannya .. Tapi layann je .. haha ), Main-main ( Baru beli mainan baru ni .. Tak sampai 1 minit dah campak tanda bosan ) dan paling aku benci dan tak suka tu kuat marah orang dan kuat merajuk .. Mesti korang pelikkan budak berusia setahun lebih dah pandai merajuk .. Kalau merajuk susah giley beb nak pujuk balik .. Kekadang tu suka cakar muka .. Paling banyak kena cakar kakak aku la .. Bila time rehat bekerja .. Kakak aku mesti balik dan cium dia .. Cium sekali ok je .. Bile cium banyak, start la tangan dia nak cakar-cakar tu .. Lagi satu, bila orang ambik mainan dia kuat betul jerit dia .. Nak mintak balik la kononnya .. Walaupun anak buah aku macam tu aku tetap sayang dia .. I ♥ Pachalia .. Nama panggilan dia .. hehe ..
Comelkan .. Macam aku . huhu .. Dia suka kalau SNAP SNAP ni .. Besar nanti dia jadi photographer kot .. haha :D
Melayan kerenah seorang anak buah .. Tengok dia posing tau .. huhu !
Ni la mangsa aku untuk dicubit pipinya .. haha ..
p/s : Akhirnya, dapat jugak mak & bapak aku seorang cucu .. Mereka berdua sayang sangat kerana ini merupakan cucu yang pertama ..
2 comments:
ko ade kembar form 6 ke?...cam familiar la aq tgk...
mana ada ..
sapa tuh ?
Post a Comment