Tuesday, December 28, 2010

Dapat balik RM4,060

Assalamualaikum semua .. Haa apa yang dapat balik RM4, 060 tu .. hehe .. Sebenarnya ada satu makhluk Allah ( Manusia ) ni .. Kesian dia .. Nak gemokkan kuruskan badan ( Macam aku dah ) tapi tak kesampaian .. Dia buat di salah satu syarikat pelangsingan badan yang ada kat Malaysia ni .. Tak tahu pulak kat mana tu yek .. Dia telah membayar sebanyak RM4, 060 .. Dijanjikan penurunan berat badan di antara 10 kilogram hingga 15 kilogram dalam tempoh 4 bulan dengan 84 sesi rawatan .. Tetapi setelah menjalani sesi rawatan tu hingga habis tanpa miss satu pun, berat badannya tetap tidak turun .. Malah semakin naik .. Pehh dah penat jalani rawatan tu dan dah keluar beribu-ribu tapi tak dapat apa-apa .. Selamat dapat balik duit tu .. Aku tahu artikel ni dari Kosmo! Online .. hehe

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

PUTRAJAYA - "Pertahankan hak anda kerana tidak mudah untuk 'membuat' wang walaupun seringgit."

Demikian kata Sarijah Saman yang berjaya mendapatkan semula kos rawatan berjumlah RM4,060 daripada satu syarikat pelangsingan badan yang menjanjikan penurunan berat badan di antara 10 kilogram hingga 15 kilogram dalam tempoh empat bulan dengan 84 sesi rawatan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.

"Saya hanya ingin turunkan berat badan sekitar 10 kilogram dan mengempiskan perut serta mengecilkan lengan, namun itu tidak dapat dipenuhi oleh rawatan yang disediakan syarikat itu," katanya yang bertugas sebagai pembantu undang-undang.

Menurut Sarijah, dia mengikuti jadual rawatan tanpa gagal di bawah seliaan seorang terapi namun hasilnya setelah melakukan kira-kira 80 sesi rawatan, berat badannya tidak berubah malah meningkat lagi sekitar 100 gram kepada 71.6 kilogram.

Artikel dari Kosmo! Online

9 comments:

y-A-n-A said...

kita penat kerja cari duit free2 je kena cam tu.. bagus! :DD

Sallehudin Said said...

Tulah ..

Abu Luqman said...

singgah sini jap

Shag said...

Alaa~ Agensi kurus tu mintak duit banyak bukan sebab dia ada buat ubat kasi kurus ke apa. Dia kasi menu diet kat kita je. Kalau kita tak ikut menu diet tu mmg hancus lah harapan nak urus tu. Kawan Shag ada join London WM tu. Bayar around 3000+. Kurus kejap sbb ikut menu diet. Lepas tu tak larat nak ikut menu dia terus naik dgn mendadak.

Mana tak nya. Menu diet dia tak boleh makan nasi. Kalau nak 1 mangkuk seminggu. Uff~

Sallehudin Said said...

Oo macam tu ye ..
tak tau pulak shag ..
thank info ..
baru ada angan-angan nak masuk jugak pusat macam tu ..
hehe ..

.::: Princess MOMOY :::. said...

banyak nyer duit dia labur untuk slim
NUFFNANG : Apa itu Bonus CTR ?
MIKUCASH PROJECT !!

azzey said...

Sallehudin: dh susah nak turunkan semula agaknya..sian...

Puteri Iqa Izyan said...

wohooo..bahayo nih..

Sallehudin Said said...

Pricess MOMOY : Biasalah ..
Kalau den kayo pun nak buat macam tu ..
Tapi Shag pun dah bagitau macam tu ..
Tak jadi den nak buot ..
haha :D
Azzey : Yelah ..
Mesti hampa habislah ..
Puteri Iqa Izyan : Bahayo2 ..
hehe XD