Thursday, December 16, 2010

Oh! Rewang

Assalamualaikum semua .. Hari ni hujan turun dengan selebat-lebatnya .. Kat tempat aku je kot .. Tempat korang hujan tak .. hehe .. Sedap untuk aku bangkong sampai ke petang .. Dapat juga melegakan sakit perutku dan demam yang hampir hendak menyerang diriku ini .. Tah tiba-tiba je semalam satu badan aku tak sedap .. Hari ni pun sama .. Rasa tak bermaya hendak bergerak ..

Sebenarnya aku tulis entri ni saja-saja je .. Nak tunjuk semangat kemasyarakatan yang ada di kampung aku ni .. hehe .. Tak tahu la tempat korang buat macam ni tak .. Harap masih ada .. Tidak ditelan zaman .. Rewang merupakan majlis di mana orang kampung akan gotong-royong menolong memasak makanan dan sebagainya .. Rewang ni ada time orang kahwin la dan majlis-majlis yang memerlukan makanan .. Kebiasaannya ada di kampung-kampung ..

Kalau kampung aku ni special sikit .. Ketua kampung dan ahli-ahli jawatan kuasanya akan merangka organisasi .. Banyak la .. Organisasi masakan,  gotong-royong, kebajikan dan macam-macam lagi .. Sampai tak teringat aku .. hehe .. Untuk rewang ni organisasi masakan akan berbincang .. Bincang biasa-biasa je .. Tak ada la sampai duduk kat dewan parlimen meja mesyuarat .. Bincang time nak rewang tu jugak .. Kepala ketua organisasi masakan akan memilih jenis masakan yang hendak dimasak .. Memang pro la .. Lelaki beb yang masak .. Sedap pun sedap .. Bukan calang-calang orang ni .. hehe .. Menu makanan akan sentiasa berubah-rubah setiap kali ada majlis special ni .. Ni aku nak cerita rewang time majlis perkahwinan ..

Mulanya rewang ni malam sebelum majlis perkahwinan berlangsung .. Malam, rewang biasa-biasa je .. Kupas bawang, kentang dan kopek nanas ( Bukan setakat 2 3 je tau .. Banyak .. Masak besar punya .. Paham-paham je la ) .. Ada jugak menu makanan yang kena masak awal .. Ketua organisasi masakan kompom kalau ada majlis kahwin tak tidur malam .. Kena berjaga .. Subuh biasanya dah start masak .. Kalau dia sorang, masak sorang la .. hehe .. Start orang kampung rewang pagi pulak biasanya pukul 8 pagi .. Rewang pagi tu penat sikit .. Kena dari pagi sampai petang la senang kata .. Kena masak .. Dah masak .. Kena standby kalau makanan habis .. Kalau aku rewang tak ada la tolong macam tuh .. hehe .. Aku biasanya jaga kawasan air minuman je .. Kalau habis isi lagi .. Senangkan .. huhu .. 

Kalau dulu tempat untuk meletakkan hidangan makanan guna piring dan dulang je .. Penat pun penat .. Orang datang baru letak makanan tu .. Susah la .. Kena sentiasa bergerak .. Itu old skool sangat .. Sekarang dah moden .. Kira dah up sikit la .. Guna buffet .. Senang sikit .. Ringan la kerja orang kampung .. Makan ambil sendiri .. Rasa tuan rumah tu nak support piring dan cawan polistren, lagi senang .. Tak payah nak basuh pinggan dan cawan .. hehe .. Memang happening la !! .. Sebelum balik aku sempat berSNAP sebentar ..

 Majlis ni berlangsung di rumah Nyai ( Nenek ) aku .. Ramaikan yang dijemput hadir ..

Orang kampung yang sedang berehat .. Penat tu !

Ni la kerja aku dan budak-budak kampung .. Jaga air je .. hehe .. Semua segan time aku nak SNAP ni ..

Member rapat .. Paling poyo kat kampung .. hehe .. Posing lebih ..



p/s : Saya budak baru belajar .. Minta maaf jika ada kesalahan ejaan .. ^_^

4 comments:

www.dunialandax.com said...

eja Bupe tu sebenarnya gini~BUFFET~take note..
bila nak lepak sini?

Sallehudin Said said...

dah ..
hehe ..
tah la ..
aku ada je masa ..
tempat ko ada eventkan ..
segan la wey !!

Ardzham said...

Eloklah tu masih ada acara rewang rewang, memang lebih mudah guna buffet berbanding cara menghidang macam zaman dulu-dulu. Satu hidang 4 orang, kalau datang 2 orang kena tunggu ada 2 orang lain baru boleh makan.

Kalau buffet datang sorang pun boleh terus makan, betul tak?

Sallehudin Said said...

haha ..
betul tu ..
yang 2 orang dah datang dah lapar je ..
terpaksa menunggu .. huhu