Friday, December 31, 2010

BLOGLIST " SAYA BUDAK BARU BELAJAR"


Assalamualaikum semua .. Hari ni hari jumaat .. Cepatnya masa berlalukan .. Tiba-tiba je dah hari jumaat .. Ok .. Pada petang ini aku nak buat satu entri untuk join segmen .. Segmen tu bernama .. BLOGLIST "SAYA BUDAK BARU BELAJAR" .. Dianjurkan oleh pemilik blog mynameika.blogspot yang bernama Ika .. Ika buat segmen ini untuk kenal mana satu blogger baru dan lama .. Dalam masa sama boleh jugak blogger-blogger lama kenal dengan blogger-blogger newbie .. Itu kata dialah .. hehe .. Jom join !


Sebelum join segmen ni .. Mesti ada syarat-syaratnya .. Senang je ..

1) Buat entri bertajuk BLOGLIST " SAYA BUDAK BARU BELAJAR" ..

Dah ..

2) Copy banner tu kat entri ..

Dah ..

3) Bagitahu sekali korang ni blogger baru atau lama .. 
Nak senang bagitahu je bile start berblog ni ..

Yang ini belum lagi .. Baru nak buat ..

Aku ni blogger baru .. Newbielah .. Start berblog ni pada 4 November 2010 .. Aku dulu pernah mempunyai blog .. Tapi kerana ada masalah yang dihadapi .. Terpaksa mendelete blog itu .. Dalam masa beberapa hari setelah aku mendelete blog lama aku .. Aku ingin kembali berblog .. Dengan azam yang baru .. Lalu terciptalah "Luahan Diriku" ini ..

4) Taglah siapa-siapa sahaja ..

Nak tag sapa yek .. Japp .. erm ..

Aku nak tag kepada semua followers aku .. Terima kasih ye kerana menjadi followers aku .. Ambik tag ini ye !

5) Last sekali .. Tinggalkan link dekat komen dekat entri Ika ..

Dah ..


Ke semua syarat telah aku tunaikan .. hehe .. Kepada followers aku ..
Ambik ye tag ini !

Wednesday, December 29, 2010

Cun tak awek aku !!

Assalamualaikum semua .. Hari ni mood aku happy giley :D .. Awek aku muncul lagilah .. hehe .. Ni video time awek aku melawat Rumah Anak Yatim di Rawang dan time dekat Anugerah Skrin TV3 yang baru-baru ni berlangsung  .. Saksikanlah kecantikan awek aku ni .. hehe .. Jangan copy ye .. Video ni privasi sangat .. haha XD ..
/
\
/
I
\
/
\
/
\
/
LISA

Melawat Rumah Anak Yatim di Rawang ..

 Time kat Anugerah Skrin TV3 2010 ..



p/s : Berangan lagi ..

Tuesday, December 28, 2010

Dapat balik RM4,060

Assalamualaikum semua .. Haa apa yang dapat balik RM4, 060 tu .. hehe .. Sebenarnya ada satu makhluk Allah ( Manusia ) ni .. Kesian dia .. Nak gemokkan kuruskan badan ( Macam aku dah ) tapi tak kesampaian .. Dia buat di salah satu syarikat pelangsingan badan yang ada kat Malaysia ni .. Tak tahu pulak kat mana tu yek .. Dia telah membayar sebanyak RM4, 060 .. Dijanjikan penurunan berat badan di antara 10 kilogram hingga 15 kilogram dalam tempoh 4 bulan dengan 84 sesi rawatan .. Tetapi setelah menjalani sesi rawatan tu hingga habis tanpa miss satu pun, berat badannya tetap tidak turun .. Malah semakin naik .. Pehh dah penat jalani rawatan tu dan dah keluar beribu-ribu tapi tak dapat apa-apa .. Selamat dapat balik duit tu .. Aku tahu artikel ni dari Kosmo! Online .. hehe

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

PUTRAJAYA - "Pertahankan hak anda kerana tidak mudah untuk 'membuat' wang walaupun seringgit."

Demikian kata Sarijah Saman yang berjaya mendapatkan semula kos rawatan berjumlah RM4,060 daripada satu syarikat pelangsingan badan yang menjanjikan penurunan berat badan di antara 10 kilogram hingga 15 kilogram dalam tempoh empat bulan dengan 84 sesi rawatan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.

"Saya hanya ingin turunkan berat badan sekitar 10 kilogram dan mengempiskan perut serta mengecilkan lengan, namun itu tidak dapat dipenuhi oleh rawatan yang disediakan syarikat itu," katanya yang bertugas sebagai pembantu undang-undang.

Menurut Sarijah, dia mengikuti jadual rawatan tanpa gagal di bawah seliaan seorang terapi namun hasilnya setelah melakukan kira-kira 80 sesi rawatan, berat badannya tidak berubah malah meningkat lagi sekitar 100 gram kepada 71.6 kilogram.

Artikel dari Kosmo! Online

Sunday, December 26, 2010

Mari Sertai BlogList Izamir Ridzwan

Assalamualaikum semua ..
Malam ini aku nak buat entri khas untuk join segmen BlogList Izamir Ridzwan ..
Saja-saja nak join ..
Harap dapat masuk ..
hehe ..
MySpace

Kepada blogger-blogger ..
Jom join ..
Mudah jelah ..
Nak join klik link bawah ni ..

Nak join ni mestilah ada syarat-syaratnya ..
Simple je ..
Tak susah pun ..
Ingatkan aku dah follow blog kau bro .. Rupa-rupanya belum ..
Baru je follow .. Sorry ..
MySpace
Dah ..
  •  Nyatakan korang ni si jejaka @ si jelita ..
Mestilah si jejaka .. Si jejaka +  si kacak .. hehe
MySpace
  • Pandangan korang tentang blog Izamir Ridzwan ..
Pandangan ye ? .. erm .. Jap ye .. Fikir-fikir .. erm .. Haa dah dapat !! ..

1. Blog kau memang best giley bro ..
2. Blog yang kemas .. Kadang-kadang aku naik jelous ..
Nak je ambil kau punya blog .. hehe
3. Header dan banner memang cool .. Nak buat .. Tapi ..
4. Warna template blog kau memang tak sakitkan mata .. Segar je tengok ..
5. Entri semua power-power .. Memang bergunalah ..

Tu je aku dapat fikirkan ..
MySpace
  • Suka baca entry mengenai apa dalam blog Izamir Ridzwan (Personal, Umum, Berita, Filem, dll) .. Sila nyatakan ..
Semualah .. hehe
    • Tag 3 sahabat blogger .. Patikan blog yang korang tag tu tahu ..
    ( Yang lain mintak maaf ye .. )
      • Tinggalkan URL entry korang tu di entry IR ..
      Dah ..

      Tarikh tutup segmen ni malam ni pukul 11.59 PM ..
      BlogList mula dipaparkan pada 27/12/2010 ..

        Award dari chix Ayunni Yeo

        Assalamualaikum semua .. Hari ni hari ahad .. Cepat masa berlalukan .. Pejam celik pejam celik, tub tub dah hari ahad .. Tadi aku singgah ke blog rakan kolej aku .. Nak blogwalking .. Dah lama aku tak terjah blog rakan-rakan kolej .. Blog yang aku aku terjah dahulu adalah The Only Exception milik chix Ayunni Yeo .. Baca entri dia .. Dia ada bagi award kat aku .. Tapi bukan award dia .. hehe .. Tah dia curi kat mana tah ( Saje je kenakan dia :D ) .. Aku tengok ramai banyak blog dah ada award tu .. Tapi aku baru dapat .. hehe .. Aku nak selidik award tu asalnya siapa punya .. Tapi tak jumpa .. Siapa-siapa tahu bagitau kat aku ok .. Saje nak tahulah ..
         
        Berbalik kepada chix Ayu ni .. Aku memang agak rapat dengan dia time kat kolej .. hehe .. Aku panggil dia Ayu .. Mula-mula aku dan member serumah tak kenal .. Semua jual murah mahal untuk berkawan .. haha .. Tak tahulah macamana boleh rapat .. Mungkin sebab kenal kat facebook kot .. hehe .. Aku pada mulanya pun malas nak kenal ni .. Tapi tetiba je boleh rapat .. Rapat sebagai member bukan macam-macam .. hehe .. Tak ada masa aku nak bercouple-couple ni ( Sebenarnya nak jugak .. hehe ) ..
         
        Ini dia award tu .. Award Beautiful Blog .. Terima kasih ye chix Ayu .. 
        Laa ada soal jawab rupanya .. erm .. Oklah aku jawab ..


        a)  Bagi 1 nickname pada pemberi award ..
        kuat makan

        b ) ucapan untuk pemberi award ..
        selamat menjamu selera ( hehe )

        c ) listkan 6 artis yang korang minat ..
        Tah minatlah artis-artis ni ..
        Kalau tengok ceritanya layanlah ..

        d ) Berikan award pada 10 blogger yang blog dia cantek larh pada korang ..
        Award ni aku nak bagi kat  rakan-rakan followers aku .. Ambil ye ! ( kata 10 kan .. Lantaklah .. Aku tetap nak bagi kat rakan-rakan followers aku jugak )

        Saturday, December 25, 2010

        Boleh dilabelkan anak derhaka ke anak macam ni ??

        Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .. Dan selamat petang kepada blogger-blogger yang selalu menyinggahkan diri ke blog aku ni .. Tak lupa jugak kepada pembaca-pembaca .. hehe .. Tengkiu sangat-sangat kerana sanggup datang ke blog aku ni .. Harap jangan segan silu untuk datang lagi .. Ok berbalik kepada tajuk .. Hari ni aku nak tanya koranglah .. Semakin dunia bertambah maju dan moden .. Semakin berkembanglah gejala tak bermoral berlaku .. 

         ( Ambil dari Enchix Google )

        Banyak budak melakukan sumbang mahram, beromen seks bebas, samseng jalanan, hisap rokok, hisap dadah dan bermacam-macam lagi yang banyak berlaku kat dunia ini .. Apalah yang dia orang ( pelaku tak bermoral ni ) rasa buat semua tu .. Aku tahu tak semua jahat macam tu .. Mungkin terdesak .. Tapi sampai bila .. Buat tetap buat .. Kesalahan tetap kesalahan .. Tak boleh ditukar .. Tak fikir dosa ke .. Aku taklah baik sangat tapi tak adalah sampai lakukan perkara macam ni .. Bila member ajak .. Aku fikir .. Benda tu salah ke tidak .. Tak salah, boleh buat .. Yang salah, jauh-jauhkan .. Jangan didekatilah ye .. Lagi satu .. Kalau dah kantoi .. Mak bapak tahu .. Tak rasa bersalah ke .. Yang mak bapak dah malu dengan jiran-jiran terdekat .. Yang anak buat bodoh je .. Anak macam ni di anggap derhakakah ?? Bukan setakat gejala tak bermoral .. Gejala kekejaman pun ada .. Dera anak .. Dera anak bos .. Dan paling yang ditakuti ramai .. Pembunuhan !! .. Pasal awek pun kadang-kadang nak berbunuh-bunuh .. Tak paham aku .. Heish !!

        Baru sebentar tadi baca surat khabar online .. MyMetro .. Tengok antara page yang popular adalah dua beradik peluk kekasih .. Tetiba tergerak hati ibu rasa nak tengok anak dia .. Tub tub .. Anak-anak sedang .. Bersambung .. Beritanya di bawah ni ( Potong line betullah mamat ni ! ) .. hehe ..

        ....................................................................................................

        KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. 

        Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

        Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

        Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

        Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

        Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

        “Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

        Artikel dari MyMetro 



        p/s : Renung-renungkanlah .. Harap jauhkan benda-benda yang melalaikan kita .. Nanti dah terjebak baru nak taubat ..

        Friday, December 24, 2010

        2 game yang memenatkan tangan aku

        Assalamualaikum semua .. Ni first entri aku untuk hari ni .. hehe .. Tak ada idea dong .. Baru ni idea menjelma .. Aku baru je bukak facebook .. Tengok ada satu application ni .. Best sangat .. Fast Typer 2 .. Menguji kepenatan tangan betullah game tu .. Sakit tangan aku jadinya .. Salah habislah .. Markah nanti jadi sikit .. Aku tahu application ni dari member aku .. Tengok dia main .. Pehh .. Markah dia tak tinggi pulak .. Aku nak shortcut potong markah dia, dengan kelajuan super duper lajunya .. Dia up lagi markah dia .. Sakit hati betullah .. Baru je nak glam sikit .. Heish .. hehe .. Siapa-siapa ada facebook tu bolehlah main .. Tengok kelajuan tangan korang menaip .. Takkanlah korang tak ada akaun facebook pulak .. hehe ..

        Kat atas ni adalah list ranking untuk semua pemain game ni di facebook .. Kiranya World Rankinglah .. hehe .. Bukan nak mengutuklah ye .. Tengok ranking tu .. Orang Malaysia ada 3 orang je yang ada kat list tu .. Sedih rasanya .. Bila tengok mula-mula tak percayalah boleh dapat sampai banyak giley macam tu .. Tu memang betul rupanya .. Memang super duper laju gileylah .. Tengok markah pun dah tau .. hehe .. Kalah aku .. Dibandingkan dengan markah aku yang seciput tu .. erm ..
        |
        |
        |
        |
        |
        |
        |
        v
        V
        Ala sikitnya .. Tu pun tak boleh challenge si Aeman Aziz .. Ni je dah penat sangat tangan aku .. Lagi berbillion-billion markahnya .. huhu .. Korang cuba ok .. Dapatlah meningkatkan kelajuan korang mengarang entri nanti .. hehe

        Game yang kedua memenatkan tangan aku adalah 10-Fast-Finger Speedtest .. Ni sama je macam Fast Typer 2 .. Tapi lagi best dan mudah berbanding game Fast Typer 2 tu .. Tak penat sangat tangan .. huhu .. Aku pernah menjadi peserta penaip Terpantas di Arena Blogging di blog Yied .. Tapi kecundang .. hehe .. Tak menanglah .. Ada lagi yang terpantas rupanya .. Tapi tak apa .. Saja-saja je aku letak link aku tu kat blog Yied .. Tub tub terjoin .. huhu .. Kalau game Fast Typer 2 tu menggunakan bahasa orang putih english .. Game ni guna BM je .. Tak susah pun .. hehe .. Bila aku main game ni .. Skill menaip aku meningkat sedikit demi sedikit .. Dari tekan satu-satu .. Terus tekan laju giley .. Dari guna satu jari .. Terus guna sepuluh jari .. haha .. Hebatkan .. So korang tunggu apa lagi .. Jom speedkan tangan .. Senang nak menaip entri .. Taklah membuang masa .. Masa itu Emas .. Jadi hargailah .. hehe ( Bebel pulak aku ni )



        p/s : Tangan aku dah jepot lenguh ni .. Berulang-ulang kali aku main 2 game ni .. Nak rehatlah .. zzz

        Thursday, December 23, 2010

        Hari ini ..

        Assalamualaikum .. Hari ni happy benor aku .. Banyak benda aku buat .. hehe .. Tadi terjah-terjah blog yang ada kat Malaysia ni .. Teterjah blog ni .. Nama tuan tanah blog tu Shafiq Rahim .. Blog dia BebudakSeni .. Dia baru je buat blog .. Dalam tahun ni jugak .. Start dia berblogging ni pada penghujung bulan April .. Lagi baru aku kot .. Aku buat blog pada awal bulan November .. hehe .. Kira aku lagi budak bawah umurlah newbielah dalam dunia blog ni .. haha :D ..

        Tapi dalam dunia blog bagi aku .. Tak kisahlah buat blog bila-bila pun .. Asal blog tu berguna .. Macam blog Shafiq Rahim ni .. Dia ada guna blog dia untuk mencari pendapatan .. Baru je bukak blog dia tu .. Aku rasa dah minat kat satu barang .. hehe .. Smart seh .. Dia ada buat design baju .. Design yang direka khas untuk blogger-blogger .. Yang bukan blogger pun boleh beli .. Jom tengok design baju tu ..


         
        Baju BEBUDAK BLOGGER .. Smart, bergaya, kreativiti dan macam-macam lagilah .. Siapa-siapa nak beli senang je .. Pergi blog dia .. Tak pun cari nama Shafiq Rahim di facebook .. Kalau rasa nak sms dengan dia untuk berkenalan pun boleh .. Dia ada bagi nombor telefon kat blog dia .. Just korang kena bagi nama, alamat, nombor telefon, kuantiti baju, saiz dan warna baju .. Tu je .. Murah pun murah .. Hanya RM25 je .. Nak tempah long sleeve pun boleh .. Tapi kena tambah RM5 .. Haa lupa pulak .. Kos penghantaran dicaj sebanyak RM5 .. Murahkan ? .. hehe .. Aku baru tempah 2 baju .. Bilalah baju aku sampai ni .. Tak sabar-sabar rasanya .. huhu ..


        Lepas aku tempah tu .. Rasa bosan menyelinap lagi ( Bosan tak habis-habislah ko ni SallehudinSaid .. Heish ) .. Tiba-tiba rasa nak bukak akaun YouthSays yang dah lama aku tinggalkan .. Dah malas aku nak pelihara jaga YouthSays tu .. Bukak je, first aku tengok adalah rewards yang aku dah kumpul .. Dah RM8* lebih .. Sikit je .. Tapi dari aku perap lama duit tu .. Baik aku cash outkan .. Cepat-cepat aku cash out .. Lega rasanya .. Duit tu boleh guna untuk bulan ni .. Dah entek habis aku kerjakan duit kat bank aku tu .. Kadang-kadang rasa nak pasang iklan Nuffnang kat blog aku ni .. Tapi tak tahulah .. erm .. Ni yuran punya pasallah .. Mahal pulak tu .. Heish .. Kalau tak, merasa shopping sakan bulan ni .. hehe ..

        Lepas ni aku nak jogging sikit .. Main bola .. haha .. Bola anak buah aku je .. Bola kartun tu .. Tendang-tendang keluar peluh jugak .. hehe .. Malam pulak aku dah plan awal-awal .. Nak pergi keluar dengan member .. Tulah kerja aku time cuti ni .. Pagi sampai petang .. Duduk kat rumah memanjang .. Malam je, baru keluar ( Dah macam hantu pulak .. Malam baru keluar .. hehe ) .. Apa lagi kalau tak ngeteh .. Tak pun keluar lepak .. Tapi semenjak kampung aku ada silat ni .. Aku dok tengok silatlah .. Member aku pun ada masuk .. Kelakar jugak tengok .. Banyak aksi lucu .. hehe .. Oklah .. Aku nak chaw dulu .. Tak boleh lama-lama sangat depan laptop ni .. Pening rasanya .. Katanya tak baik lama-lama mengadap laptop ..



        p/s : Time untuk aku bersenam .. Daa

        Terima Kasih Cik Liyana Hati Getah !!

        Assalamualaikum .. Ada orang tak tu .. hehe ..
        Dah lama aku tak mengarang di blog aku ni ..
        Tak ada idealah .. sob sob ..
        Semenjak cuti ni blur je ..
        Tak ada bahan untuk buat entri ..
        Heish ..
        Harap jangan hilanglah rasa semangat aku untuk berblog ..
        Cepatlah idea ..
        Sini masuk ..
        MySpace
         
        Semalam aku terjahlah satu blog ni ..
        Namanya Cik Liyana ..
        Aku jadi followers dia sebab tertarik dengan blog dia ..
        Comel je .. hehe ..
        Baru add je terus dapat award .. huhu ..
        Award untuk pengikut Hati Getah ..
         
        Comelkan award ni ..
        Aku memang suka kumpul-kumpul award ni ..
        Ada jugak nak buat award untuk peminat pengikut blog aku ni tapi ..
        Nantilah ..

        Siapa-siapa nak award ni ambillah ..
        Cik Liyana bagilah ..
        Tapi dia suruh buat entri terima kasih ..
        Itu je ..
        Tak susah pun .. hehe

        Last word dari aku ..
        Terima kasih ye cik Liyana Hati Getah ..
        MySpace


        p/s : Blog aku tengah sewel bengong .. Susun ayat kat entri punya penat .. Tengok terabur .. Tu yang entri ni banyak kali aku post ..

        Tuesday, December 21, 2010

        Awek aku ada kat TV !!

        Assalamualaikum semua ..MySpace
        Petang ni mood aku happy kembali .. MySpace
        Setelah melihat awek aku .. Cun tau ..MySpace
        Nak bagitau nama tapi seganlah MySpace.. hehe ..
        Tadi terjah-terjah .. Terbukaklah facebook dia ..
        Dia ada letak video .. Awek aku ada kat tv !! .. MySpace
        Jangan jelous ye .. Lisa tetap nombor 1 di hati aku MySpace.. haha
        Nak tengok muka comel dia .. Jom !!
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        v
        V
        Ha nilah dia .. Comelkan .. Awek aku tu ..




        p/s : I ♥ Lisa Surihani ( Tengah termenung fikir masa depan bila dah kahwin dengan Lisa ) .. Berangan tak habis-habislah .. Heish ..

        Bapa mahu hukuman pesalah juvana dipinda

        BATU PAHAT: Bapa mangsa pembunuhan kejam, Siti Mazni, 14, yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lalu, meminta kerajaan meminda hukuman pesalah juvana bagi mengelak kejadian sama berulang.
        Abdul Rahman Hassan, 40, berkata remaja berusia bawah 18 tahun ketika ini dilindungi Akta Kanak-Kanak menyebabkan pesalah juvana dikecualikan daripada hukuman berat seperti gantung sampai mati.

        “Bagaimanapun, jika pesalah juvana terus dikecualikan hukuman berat terutama apabila melakukan kesalahan serius seperti membunuh dan merogol, tidak wajar pengecualian itu diberikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
        Mengulas pembunuhan itu, Abdul Rahman berkata, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi masih sukar menerima cara kematian Siti.

        “Saya minta pelakunya dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan supaya kejadian sama tidak berulang.

        “Sebelum ini, hanya mereka berusia di atas 18 tahun dikenakan hukuman berat menyebabkan ada remaja jadi tidak bertanggungjawab kerana sedar hukuman tidak setimpal.

        “Ketika ini, remaja bawah 18 tahun jika masuk ke rumah dan bunuh orang, semuanya berfikir akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, tetapi jika mereka dijatuhkan hukuman berat, mereka akan takut melakukan jenayah,” katanya.

        Abdul Rahman yang terlalu sedih menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
        “Memang benar remaja belum matang membuat keputusan, tetapi kesalahan serius seperti merogol dan membunuh, takkan tidak boleh berfikir kerana bukan mudah melakukannya,” katanya.


        Artikel : myMetro

        Teringat kat Arwah Siti Mazni

        Assalamualaikum semua .. Hari ini mood aku tak berapa happy .. 'Mendung' je .. Sebab masih teringat kat Arwah Siti Mazni .. Pening aku bila fikir macamanalah dia harungi semua ni semasa nak dibunuh tu .. Bila aku baca surat khabar Metro hari ni .. Dia rupanya dikelar di leher dan ditikam 3 kali .. Pehh !! .. Sungguh mengerikan .. Sedih benor rasanya .. 

        Apalah motif si pembunuh tu .. Ko tu dahlah bawah umur .. Dah kemaruk nak bunuh orang sangat ke .. Dahlah aku tak boleh tengok aksi-aksi mengerikan .. Nak muntah rasanya .. Bertambah pening bila fikirkan macamana orang kena bunuh .. Heishh .. Penjahat-penjahat kat luar sana tak fikir ke .. Kalau buat jahat last-lastnya kantoi jugak .. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga .. Ingat hebat sangat ke korang tu ( penjahat-penjahat ) .. Allah lagi hebatlah .. Emosi betul aku hari ni .. Alhamdulillahnya Arwah Siti Mazni selamat dikebumikan ..

        =======================================================================

        BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, Jumaat lalu, dikelar di leher dan ditikam tiga kali di bahagian depan badan.
        Pendedahan itu dibuat bapa Siti, Abdul Rahman Hassan, 40, kepada Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga Johor, Dr Robiah Kosai yang melawat rumahnya semalam.

        “Hasil bedah siasat mendapati kesan kelar di leher selain tiga luka dipercayai kesan tikaman di depan badannya.
        “Bagaimanapun, saya tidak tahu maklumat lanjut kerana sibuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dan dikebumikan,” katanya.

        Siti yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra dilaporkan hilang selepas bertemu rakan, Rabu lalu. Mayatnya ditemui tertiarap dan berlumuran darah serta disembunyikan di bawah himpunan pelepah sawit di kebun kelapa sawit kira-kira 100 meter dari rumahnya.

        Kakak angkat arwah, Haizatul Farhalena M Azman, 16, berkata dia terkejut kerana petang Rabu lalu, sebelum kejadian, dia terserempak mangsa di kawasan berhampiran.

        “Bagaimanapun, kami hanya berbalas senyuman, ketika itu Siti memakai baju-T merah jambu, pakaian sama ketika mayatnya ditemui polis.

        “Saya tidak sangka kejadian tragis ini akan berlaku. Sepanjang perkenalan, dia periang serta sentiasa tersenyum,” katanya.
        Rakan arwah, Haizatul Alia Selamat, 14, berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan berkaitan kematian Siti.

        “Di kalangan rakan, kami tahu arwah dan seorang daripada suspek berkawan rapat, namun kami dapati sejak kebelakangan ini persahabatan mereka sedikit renggang,” katanya.

        Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa raya tidak lama lagi.

        “Kami menganggap kes selesai dengan penahanan dua suspek Jumaat lalu serta penemuan mayat, bagaimanapun, kami belum memastikan punca kematian kerana masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.


        Artikel : myMetro 

        Award kedua !!

        Assalamualaikum semua .. Malam ni aku blogwalkinglah macam biasa .. Nak naikkan traffic blog katakan .. hehe .. Baru teringat aku .. Aku dapat award dari Puteri Iqa Izyan .. Award tu dah lama diberikan kepada aku .. Aku je lambat .. Baru malam ni sempat nak mencuri ambil award comel tu .. haha .. Award tu diberi kepada aku sebagai tanda penghargaan sebab kesudian aku selalu menyinggah kat blog Puteri Iqa Izyan ni tanpa di paksa-paksa .. hehe .. Siapa-siapa yang nak mencuri award ni .. Ambil je buat kenangan .. hehe ..

        Simple je tapi memang comel la .. Suka-suka ..
        Terima kasih ye Puteri Iqa Izyan !!



        p/s : Ngantuknya .. Dah malam ni .. Tidur dulu la .. Daa

        Monday, December 20, 2010

        AutoPing Entri di BlogLarian FB

        Assalamualaikum semua .. Selamat malam .. Malam ni aku nak mendaftarkan diri untuk AutoPing Entri di BlogLarian FB .. Jom join !!


        Rumah blog aku di BlogLarian nombor 127

        Kebaikan BlogLarian :
        • Memudahkan blogger-blogger berlari-lari dengan mudah ..
        • Mendapat lampu traffic yang tinggi dengan cepat ..
        • Kepada pengumpul peminat followers .. Senanglah dapat .. hehe
        Keburukan BlogLarian :
        • Hendak membaca entri agak senang susah kerana ruang yang kecil ..
        • Kadang-kadang, loading menjadi terlalu berat giler ..
        • 1 buah rumah ada 6 blog .. Kalau 6 blog tu semua ada auto play lagu .. Pehh .. Peningnya otak .. Lagu kalau best tak apa jugak ..
        Itu jelah yang dapat aku luahkan .. 


        Syarat-syaratnya :

        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        1) Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian    *    Sudah
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        2) 'Like' BlogLarian FB    *    Sudah
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        3) Buat satu entri bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB ' dan letakkan banner di atas dalam entri anda    *    Sudah
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        4) Letak no rumah anda dalam BlogLarian    *    Sudah
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        5) Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin)    *    Sudah 
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        6) Komen di entri tempat pendaftaran berdasarkan format berikut .. Contoh : Aku daftar dekat Furdunesia@nline .. Jadi komen dekat situlah ..    *    Sudah
          1. no. rumah
          2. nama Blog 
          3. link entri anda 
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        7) Penyertaan di buka hingga 24 December 2010 ..
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        8) Jangan lupa beritahu jiran anda jika berkelapangan :) nanti diaorang merajuk susah lak :p ..
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------

        Semua dah siap .. Dah malam ni .. Jom tidur .. hehe

        Sunday, December 19, 2010

        sms terakhir

        p/s : Assalamualaikum semua ..Hari ni aku beremosi sangat .. Panas je badan aku ni .. Dari malam tadi aku teringatkan kes Siti Mazni .. Kesian aku tengok .. Sebelum ajal datang, dia sempat berSMS memberitahu nyawanya terancam .. Sedih .. Sob sob T_T ..  Macamanalah perasaan mak dan ayah dia .. Pembunuh tu tak ada perasaan ke .. Kejam betullah .. Heish .. Sakit hati betul aku .. Kalau betul suspek tu yang bunuh .. Rasa aku nak bunuh dia balik je !! .. Apa la dia rasa agaknya membunuh tu .. Tak pikir dosa ke .. Astaghfirullahalazim !! ..

        ****************************************************************************************************
        BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam yang ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin, dikatakan sempat menghantar SMS nyawanya terancam kepada seorang rakan ketika kejadian, Rabu lalu. 

        Malangnya, mangsa, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra Tongkang Pechah, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, gagal memberi lokasi menyebabkan rakannya itu tak dapat memberikan bantuan dan mendiamkan diri.

        Nenek mangsa, Mailiah Idris, 62, berkata perkara itu dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila dia mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang.

        “Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang.

        “Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah.
        “Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokannya,” katanya.

        Menurutnya, selain membuat laporan polis bapa arwah menghubungi beberapa rakan dan salah seorang daripada mereka memberitahu, arwah sempat menghantar SMS mengatakan dia akan dibunuh.

        Bagaimanapun, katanya, rakannya itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana arwah tidak sempat memberitahu lokasi dia berada.

        “Kami hanya tahu arwah berada di kebun sejauh kira-kira 100 meter dari rumah apabila sepasukan polis datang ke kawasan itu jam 5 petang kelmarin,” katanya.

        Mak cik mangsa, Arina Syairah Muhammad Fauzi, 18, berkata dia bermimpi arwah bergelut dengan lelaki selama tiga malam berturut-turut, sebelum diberitahu arwah ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kebun kelapa sawit.

        Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa Jumaat lalu sebelum pergi ke Kuala Lumpur bersama rakan sekolah.

        Menurutnya, bermula Ahad hingga Selasa, dia bermimpi arwah yang memakai kemeja-t berwarna merah jambu, bergelut dengan lelaki menyebabkannya bimbang dan menghubungi arwah pada Selasa lalu.

        “Kali terakhir kami berbual, saya dapati dia ceria seperti biasa menyebabkan saya tidak menyangkakan apa-apa kejadian buruk akan berlaku terhadapnya.

        “Bagaimanapun, saya diberitahu dia hilang sejak Rabu lalu seolah-olah mengiyakan mimpi buruk yang saya alami itu, sebelum ditemui meninggal dunia Jumaat lalu,” katanya.

        Menurutnya, mereka yang rapat sejak kecil tidak menyangka kejadian itu akan berlaku terhadap mangsa dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memberkas penjenayah terbabit.

        Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, bapa mangsa membuat laporan polis kehilangan anak perempuan berusia 14 tahun Khamis lalu dan sepasukan polis menyiasat aduan berkenaan.

        “Bagaimanapun, tengah hari kelmarin suspek berusia 15 tahun datang ke balai polis membuat laporan mengatakan dia melihat satu pembunuhan dilakukan seorang rakannya, di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, menyebabkan kami menahan suspek kedua berusia 16 tahun itu.

        “Namun, hasil siasatan mendapati suspek pertama turut terbabit sebelum kami dibawa ke lokasi pembunuhan dan menemui mangsa pada kira-kira jam 5 petang kelmarin,” katanya.


        Artikel dari myMetro 

        Saturday, December 18, 2010

        Shopping part 3 !!

        Assalamualaikum semua .. erm .. First time aku, satu hari tak buat entri .. Sedih je .. Sepatutnya hari jumaat tu la banyak idea yang datang kat otak ni .. Tapi sebaliknya pulak .. Heish ..Ni pun dah tak ada bahan nak di karang .. Dah tak ada idea sangat .. Buat je la pasal ni  .. Mintak maaf ye siapa yang menunggu  tu .. hehe .. Actually, Aku beze memanjang hari jumaat semalam .. Pagi, bangun lambat bangkong .. Petang, tengok tv .. Malam, merempit jalan-jalan .. Padat betul jadual harian aku nikan .. huhu .. Beginilah orang yang tak ada kerja .. Cuti sem ni jadi penganggur kejaplah .. Nak kerja malas .. hehe .. Berbalik kepada cerita hari ni .. Entri ni adalah sambungan dari Shopping part 2 !! .. Jom layan ..

        Pada minggu lepas .. Hari jumaat .. 10 Disember 2010 .. Aku pergi menjelajah lagi ke pusat bandar Batu Pahat .. hehe .. Apa lagi kalau tak shoppingkan .. Aku pergi bersama kakak aku .. Tu je la yang nak temankan aku walau ke mana pun .. Tak ada awek katakan .. urm .. Bukan tak cari .. Aku pikir ni je .. Aku masih muda .. Perjalanan hidup aku masih panjang .. Malas nak bercinta sangat .. Belajar dulu lagi bagus .. Dah habis belajar, dapat kerja dan gaji yang mantop baru pikir pasal joli sakan cinta-cinta ni .. huhu ..

        Kami berdua bergerak dalam pukul 4 petang .. Time tu memang kakak aku tak kerja .. Sebab ada tetamu VVIP khas yang datang .. Mula-mulanya, tak plan pun nak pergi .. Tiba-tiba je kakak aku ajak .. So aku on je la .. hehe .. Siapa tak nak jalan-jalan ni .. Rugi beb .. Dapatlah hilangkan rasa kebosanan cuti aku ni .. huhu .. Setelah sampai berdekatan dengan bandar .. Kami bermeditasi berfikir hendak ke mana .. ‘Jom pergi ke The Store kat Summit’ .. ‘Ok jugak’ .. Balas aku .. Dah ada tujuan .. Terus aku bawak kereta dengan agak laju .. Dah sampai berdekatan The Summit Batu Pahat tu lupa pulak parking .. Susah nak cari .. Dah tak nak parking belakang .. Taubat kena saman parking tu .. sob sob T_T .. Sampai sekarang belum bayar lagi .. erm .. Malas la bayar .. Cari punya cari jumpa akhirnya .. Parking dalam tak kena bayar dah .. Free je .. Save duit aku .. hehe ..

        Dah masuk The Summit terus cepat-cepat menuju ke The Store .. Nak cepat .. Banyak tempat nak pergi ni .. Tujuan aku pergi ke The Store tu sebenarnya nak beli baju .. Sale mastu ada lagi la .. Sepatutnya habis pada 5hb tapi dipanjangkan hingga ke 12hb atas permintaan ramai .. Sebenarnya The Store buat sale giley babi tahap gaban tu sebab nak pindah tempat .. Sebelum pindah nak habiskan stok .. Dekat je dia pindah .. Belakang The Summit jugak .. Dulunya tempat tu milik Syarikat Fajar .. Tapi Syarikat Fajar dah bankrup .. The Store beli la .. Kaya betul The Store .. haha .. Cari punya cari jumpa la baju yang berkenan .. Smart pun smart .. Bila tengok baju tu teringatkan aku kat mendiang romeo .. Dia minat betul baju macam tu .. Macamana ye dia sekarang .. Harap dapatlah apa yang dihajati tu ye maca .. Semoga kau diletakkan dengan orang yang beriman .. sob sob T_T

        Bersambung di part yang seterusnya ..  Harap bersabar ye .. hehe



        p/s : Cerita entah apa-apa dari aku .. haha