Friday, January 21, 2011

Katy Perry ♥ Mark Zuckerberg ! Betul ke ??


 Assalamualaikum semua .. Dan Selamat Pagi .. Hari ini hari jumaat .. Cepatnya dah hari jumaat .. Tub tub je .. Laju betul masa .. Esok dah masuk hari Sabtu .. Selepas itu hari Ahad pula .. Tub tub dah naik dari bercuti .. Emm .. Rasa malas je .. Tapi tak bolehlah .. Aku dah nak habis sem .. Takkan aku nak sia-siakan usaha aku selama ini .. Aku kena teruskan perjuangan .. Go Go Cayok !!

Back to the title .. Opps .. Terspeaking pulak dah !! .. hehe .. Tengok tajuk entri aku pun dah taukan .. Betul ke Katy Perry yang aku minat dah bercinta dengan Mark Zuckerberg pengasas Facebooker ?? .. Macam tak percayalah .. Aku dapat maklumat ini dari surat khabarlah .. Ye ye je Kosmo! Online ni .. Tau-tau je .. hehe .. 

Sebenarnya ceritanya begini .. Bukan Katy Perry bercinta kat pengasas Facebooker yang super duper power ni .. Katy Perry saja je melawat pejabat laman sosial popular tu yang berada di Palo Alto, California .. Dibuatkan cerita .. Terjumpalah dengan pengasasnya dan juga perangkap CEO di situ .. Apa lagi .. Ambik peluanglah nak peluk-peluk bergambarlah .. hehe .. Katy Perry ada juga sebut suka kat Mark Zuckerberg .. Tapi suka main-main kot .. haha :D .. Nak tau lebih lanjut .. Jom baca artikel di bawah ni ..

:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:

LOS ANGELES – Penyanyi lagu Firework, Katy Perry melawat pejabat laman sosial popular Facebook dan berkesempatan bertemu dengan pengasasnya, Mark Zuckerberg, lapor sebuah akhbar semalam.

Perry, 25, melawat pejabat itu di Palo Alto semalam untuk muncul di video langsung Facebook Live bagi menghebahkan mengenai siri jelajah terbarunya.

Gambar yang dirakamkan antara Perry dan Zuckerberg di pejabat Facebook itu dimuat naik oleh pengguna laman sosial Twitter yang mengandungi mesej: “Ya, hanya lepak di pejabat Facebook bersama CEOnya (Ketua Pegawai Eksekutif). Saya suka dia (Zuckerberg).” 

Ditanya mengapa menggunakan Facebook sebagai platform untuknya membuat pengumuman, sambil bergurau Perry memberitahu: “Facebook bagaikan sebuah kerajaan.”

Penyanyi itu yang mempunyai 17 juta peminat di Facebook bekerjasama dengan syarikat laman sosial itu untuk siri jelajah California Dreams di Amerika Syarikat dan Kanada pada 7 Jun ini. – Agensi



Artikel dari Kosmo! Online

2 comments:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Aik. Dia bukan dah tunang ke? Berani dia ngaku suka kat Mark Iceberg tu. Kalau Shag jadi tunang dia, marah Mark Iceberg jgn dekat dgn Katy Perry dah :P

Sallehudin Said said...

hahaha !
Shag suka dia ye ..