Thursday, January 20, 2011

Tips Menjadi Suami Soleh

Assalamualaikum semua .. Ini merupakan entri aku yang kedua untuk hari ini .. Baru sebentar tadi aku mengupdate blog setelah sekian lama tidak berblogging .. Kali ini aku nak berkongsi tips .. Tips menjadi suami soleh .. Aku belum kahwin ye .. Jangan korang salah anggap pula nanti .. hehe .. Anda ( suami ) yang berada di luar sana .. Mahukan rumah tangga yang aman dan tenteram .. Jom kita baca tips ini ..

  • Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri ..
  • Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional .. Bukan ikut perasaan .. Yang ikut perasaan biasanya si isteri ..
  • Tidak menyakiti hati isteri .. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk .. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda .. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia .. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni ..
  • Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran ..
  • Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar .. steri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh .. Begitu juga untuk diri anda sendiri ..
  • Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah .. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah ..
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama ..
  • Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah ..
  • Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya .. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami ..
  • Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat .. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin ..


Artikel ini diambil dari Zulkiflee Jusoh



p/s : Ikutilah tips ini ye para suami sekalian .. 
Tips ini amat berguna pada anda ..

3 comments:

Miecyber said...

Bagus tips nie...

Tips berkaitan madu

Cik Shag said...

Baik! Nt Shag ikut tips di atas :D Terima Kasih Din. Kiki :D

Entri terbaru Shag : Penolong Kanan Kokurikulum. Oh tidak!

Sallehudin Said said...

Thank You Shag kerana singgah blog din :D