Sunday, January 30, 2011

Diganggu Oleh Orang Yang Tak Dikenali

Assalamualaikum semua .. Korang hari ini sejuk tak ?? .. Tempat aku sejuk sangat .. Sebabnya hujan .. Dah 2 hari hujan turun tanpa henti .. Kalau berhenti pun kejap je .. 2 3 minit hujan lebat balik .. Dengar kata Johor akan banjir .. Dengar katalah ( Tak tahu cerita sebenar .. Dengar khabar angin je ) .. Tapi berkemungkinan betul .. Yang aku tahu kawasan Labis sudah ditenggelami air .. Banjir .. Susahlah orang untuk mengundi di kawasan berkenaan .. hehe .. Apa pun nanti kita tunggu keputusan Pilihan Raya Kecil tersebut .. Kampung aku pun sudah prepare segala-segalanya .. Takut banjir betul .. Siap buat mesyuarat lagi .. Hebat tak kampung aku yang power ini .. hehe .. 

Kalau banjir nampaknya mandi banjir jela .. Bestnya .. Teringat zaman kecil-kecil dahulu .. Kalau hujan turun je .. Mesti doa macam-macam .. Nak parit penuhlah,banjirlah dan banyak lagi .. Sebab nanti tak payah pergi ke sekolah .. Kadang-kadang sebabnya nak mandi parit .. Kan best bila mandi kat parit dengan keadaan air yang penuh .. Kadang-kadang nak main hujanlah .. Macam-macamlah aku buat ketika kecil .. Pernah aku buat rakit bersama rakan-rakan kampung .. Menggunakan batang pisang .. Jadi tu !! .. Tapi sekejap je .. Sebabnya muatan terlebih had .. haha XD .. Dulu lain sekarang pun lain .. Sekarang tak ada terfikir nak buat semua itu lagi dah .. Kiranya dah matanglah .. hehe



Sebenarnya aku buat entri ini sebab ada perkara yang aku fikir dari tadi .. Perkara yang merunsingkan kelapa kepala otak aku ni .. Senanglah aku terus terang je .. Aku dikacau .. Dan aku sekarang begitu sangat sakit hati dengan orang itu .. Ada ke patut tulis benda yang tak senonoh macam tu .. Aku pun suka kacau orang tapi taklah sampai macam tu sekali .. Kalau dah GAY sangat pergi cari orang yang sama taraf dengan kau tu .. Tak payah nak pm aku pastu tulis ayat mencarut .. Aku tak suka .. Gurau-gurau jugaklah .. Tapi jangan gurau lebih-lebih .. Baik-baik aku sejuk terus panas .. 

Yang paling aku konfius .. Dia guna nama penyanyi yang boleh dikatakan sedang meningkat naik di Malaysia ini .. Iaitu Tomok .. Apabila aku tanya rakan-rakan kolej .. Semua cakap kenal .. 'Itu Tomoklah' .. Aku tahu itu Tomok tapi siapa dia .. Aku tahu itu bukan fan page untuk penyanyi handalan kita tu .. Sampai sekarang menjadi tanda tanya .. Tolonglah cakap siapa kau .. Aku tahu itu rakan kolej aku .. Aku tengok ayatnya pun sudah tahu .. Aku dah faham dengan gaya percakapan rakan-rakan aku .. Kalau itu betul Tomok .. Macamana dia boleh kenal aku .. Kenal nama panggilan aku .. Kalau kau hensem sangat ( GAY !! ) gunalah nama sebenar kau .. Baru terselah keGAY kau tu .. Tak payah nak berselindung disebalik nama orang lain ..





p/s : Lega akhirnya .. Aku dapat luahkan kat blog aku ni .. Sampai sini jelah .. Kepada Si Tomok Oiam tu jangan yekyek sangatlah !!

Tuesday, January 25, 2011

♥ Kehidupan Aku :D

Assalamualaikum semua dan Selamat Pagi Malam aku ucapkan .. Malam ni aku happy gilalah .. Tapi tak sampai jadi gila betullah .. hehe .. Boleh dikatakan hati aku dah senang dan tidak susah hati lagi seperti sebelum ini .. Alhamdulillah masalah aku semua sudah aku selesaikan .. Lega rasanya .. Bagai baru dilahirkan di dunia ini .. hehe .. Dah melalut dah aku ni .. Saja je .. Rasa bosankan kalau berblog ni dalam entri straight je .. Mestilah letak lawak jenaka sikit .. Aku ikut banyak petua dari blogger otai kita ..

Hari ini aku menjalani hidup seperti biasa .. Pagi pukul 8.30 pergi ke kelas sekolah .. Aku gerak dari kediaman aku agak awal supaya tidak lambat sebab rumah aku sekarang sudah jauh .. Tidak seperti dahulu .. Dekat je dengan kolej .. Tapi semenjak Mak mertua aku suruh duduk di kampung .. Agak jauh sikitlah .. Lebih kurang 15 minit sampailah ke kolej .. Tapi tak apalah .. Dapat aku merasa seperti merantau walaupun dekat .. hehe ..

Hari ini kelas aku agak bosan .. Lengang je .. Banyak rehatnya .. Sebab ramai lecturer yang tidak ada ( Padahal 1 lecturer je yang tak ada .. haha :D ) .. Kesian Miss Rai .. Tak sihat tadi .. Miss jaga kesihatan ye .. Harap cepat sembuh .. Patutlah .. Hari Isnin masa tu .. Miss Rai nampak macam murung je tak sihat .. Betullah sangkaan aku rupanya .. Emm .. Tapi khamis ni ada kuizlah .. Malas betullah aku .. Miss Rai cancel boleh tak ?? .. Ada hallah .. 

Start kelas pukul 8.30 pagi .. Balik tadi pukul 5.30 petang .. Penat tu .. Lama seh .. 8.30 pagi kelas NS ( Network Security ) .. Bestlah dengan lecturer yang mengajar subjek ini .. Powerlah .. Tip top gitu .. huhu .. Lepas itu kelas pada pukul 10.30 pagi iaitu kelas CN ( Computer Network ) .. Lecturer yang mengajarnya pun terer .. Khaw-khaw dia ajar beb .. Dah penat menjalani 2 kelas akhirnya dapat rehat pun .. Selama 3 jam .. Tapi disebabkan lecturer yang mengajar subjek NC ( Network Cabling ) tak dapat hadir .. Miss Railah .. 3 jam tambah 2 jam = 5 jam .. Lamanya .. Rasa nak balik kampung je tadi .. Tapi hujan pulak .. Heish .. Terpaksalah aku melayan karenah Alip ( Member aku ) yang mengajak bermain permainan popular masa kini .. Layan jelah .. hehe .. Lepas habis rehat yang agak lama .. Ada lagi 1 kelas yang aku kena hadir .. Sekarang ni susahlah kolej aku ni .. Dah pakai OSI ISO pulak .. Semakin ketat kedatangan .. Berapa kali tak hadir ke kelas mau-mau dapat surat amaran pertama .. Sakit woo .. Baru ingat malas nak datang kelas last tadi .. Kelas yang terakhir adalah NA ( Network Administration ) yang diajar oleh Miss Ain .. Kesian Miss Ain tadi .. Nampak letih ..

Habis jugak kelas aku .. Terus aku rider motor aku yang agak power tu ke kedai Ibu .. Port aku dan member-member yang lain .. Sedap makanan kat situ .. Murah pun murah .. Boleh dikatakan 90% kat kedai tu budak kolej .. Untunglah Ibu .. Aku memang panggil pemilik kedai itu dengan panggilan Ibu .. Suaminya je aku panggil pakcik .. hehe .. Seperti biasalah .. Aku order limau ais .. Sedap woo .. Masam-masam manis .. Lepas minum aku pun baliklah apa lagi .. Dah petang .. Macam nak hujan pun ada .. Aku pun bawaklah motor tu laju-laju .. Sampai nak terbang .. Memang pro aku bawak motor .. kihkih XD .. Oklah .. Aku malas nak berleter dengan lebih panjang lagi .. Aku nak rehat dulu ok .. Esok kelas pagi lagi .. Kena tidur awal .. Daa kamu semua .. 
Selamat Malam ye :D !!




p/s : Cerita aku hari ni .. Nilah kehidupan aku .. Kolej kolej kolej .. Belajar belajar belajar :D

Monday, January 24, 2011

Bila nak masuk ni ?!

Assalamualaikum semua ..
Korang buat apa tu ??
Blogwalking ke ..
Sebut pasal blogwalking ni ..
Aku dah lupa yang aku dah lama sangat tak terjah-terjah ni ..
Kenapa entah ..
Keinginan tu ada tapi ..
Tahlah ..
Mungkin buze kot semenjak aku masuk belajar ni ..
Maklumlah dah jadi senior ..
Boleh buli junior ..
Hehe ..
Tak adalah ..
Aku ni tak macam tu ..
Tak terpikir nak membuli-buli dalam otak aku ni ..
Tak baik ..
Mak aku pun masihat ..
Kalau belajar tu belajar je ..
Jangan nak gaduh-gaduh ..
Tak baik katanya ..

Sebenarnya aku membebel ni ..
Sebab aku panas sangat ..
Nak tahu sebabnya ?? ..
Mestilah nakkan ..
Sebabnya bila duit Youthsays aku nak masuk ni !! ..
Dah lama aku cashoutkan ..
Tapi masih tak dapat dikesan lagi duit tu dah masuk ke belum ??
Dah berkali-kali dalam 1 hari aku ulang-alik ke bank ..
Nak cek guna internet ..
Akaun aku blog blok pulak ..
Malas nak aktiflah ..
Katanya kalau nak aktifkan kena pergi  ke KL ..
Jauh tu ..
Tak mahulah ..

Cepatlah duit Youthsays ni masuk ..
Aku nak guna duit ni ..
Urgent .. 
Paham-paham jelah ..
Dah akhir bulan ..
Hehe ..
So kalau pihak Youthsays tengok entri aku ni ..
Tolonglah cepatkan masa kemasukan duit ..
Aku dah kering ni !!
Itu jelah untuk malam ni ..
Saja je aku nak membebel malam ni ..
Kata-kata akhir untuk hari ini ..
Selamat Malam & Good Night ..
( Eh tak sama ke ?? hehe ) 
Kalau tidur tu elok-elok ..
Nanti jatuh katil pulak ..




p/s : Harap korang terhibur walaupun entri aku ni tak best ok ..
MySpace

Friday, January 21, 2011

Harap Dia Maafkan Aku :(


Assalamualaikum .. Hari ini aku sedar satu perkara .. Perkara yang membuatkan aku mencari sesuatu yang boleh membahagiakan aku .. Aku sayang sangat kat dia .. Dah lama sangat menunggu masa .. Cuma tak terucap kata-kata .. Tahlah .. Senang kata aku ini pemalu .. Aku sanggup terus terang dari menyembunyi .. Andaikan aku dapat memperolehi dia .. Aku akan genggam erat tangan dia .. Aku takkan lepas .. Andaikan aku takdir bersamanya hingga ke akhir hayat .. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah .. Tapi kalau itu bukan jodoh untukku .. Aku hanya dapat bersabar dan berdoa kepadamu Ya Allah dan aku juga ingin berdoa agar hatinya lembut agar dapat menerima aku dan memaafkan kesalahan aku .. Semoga aku dapat yang terbaik ..

Katy Perry ♥ Mark Zuckerberg ! Betul ke ??


 Assalamualaikum semua .. Dan Selamat Pagi .. Hari ini hari jumaat .. Cepatnya dah hari jumaat .. Tub tub je .. Laju betul masa .. Esok dah masuk hari Sabtu .. Selepas itu hari Ahad pula .. Tub tub dah naik dari bercuti .. Emm .. Rasa malas je .. Tapi tak bolehlah .. Aku dah nak habis sem .. Takkan aku nak sia-siakan usaha aku selama ini .. Aku kena teruskan perjuangan .. Go Go Cayok !!

Back to the title .. Opps .. Terspeaking pulak dah !! .. hehe .. Tengok tajuk entri aku pun dah taukan .. Betul ke Katy Perry yang aku minat dah bercinta dengan Mark Zuckerberg pengasas Facebooker ?? .. Macam tak percayalah .. Aku dapat maklumat ini dari surat khabarlah .. Ye ye je Kosmo! Online ni .. Tau-tau je .. hehe .. 

Sebenarnya ceritanya begini .. Bukan Katy Perry bercinta kat pengasas Facebooker yang super duper power ni .. Katy Perry saja je melawat pejabat laman sosial popular tu yang berada di Palo Alto, California .. Dibuatkan cerita .. Terjumpalah dengan pengasasnya dan juga perangkap CEO di situ .. Apa lagi .. Ambik peluanglah nak peluk-peluk bergambarlah .. hehe .. Katy Perry ada juga sebut suka kat Mark Zuckerberg .. Tapi suka main-main kot .. haha :D .. Nak tau lebih lanjut .. Jom baca artikel di bawah ni ..

:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:

LOS ANGELES – Penyanyi lagu Firework, Katy Perry melawat pejabat laman sosial popular Facebook dan berkesempatan bertemu dengan pengasasnya, Mark Zuckerberg, lapor sebuah akhbar semalam.

Perry, 25, melawat pejabat itu di Palo Alto semalam untuk muncul di video langsung Facebook Live bagi menghebahkan mengenai siri jelajah terbarunya.

Gambar yang dirakamkan antara Perry dan Zuckerberg di pejabat Facebook itu dimuat naik oleh pengguna laman sosial Twitter yang mengandungi mesej: “Ya, hanya lepak di pejabat Facebook bersama CEOnya (Ketua Pegawai Eksekutif). Saya suka dia (Zuckerberg).” 

Ditanya mengapa menggunakan Facebook sebagai platform untuknya membuat pengumuman, sambil bergurau Perry memberitahu: “Facebook bagaikan sebuah kerajaan.”

Penyanyi itu yang mempunyai 17 juta peminat di Facebook bekerjasama dengan syarikat laman sosial itu untuk siri jelajah California Dreams di Amerika Syarikat dan Kanada pada 7 Jun ini. – Agensi



Artikel dari Kosmo! Online

Thursday, January 20, 2011

Tips Menjadi Suami Soleh

Assalamualaikum semua .. Ini merupakan entri aku yang kedua untuk hari ini .. Baru sebentar tadi aku mengupdate blog setelah sekian lama tidak berblogging .. Kali ini aku nak berkongsi tips .. Tips menjadi suami soleh .. Aku belum kahwin ye .. Jangan korang salah anggap pula nanti .. hehe .. Anda ( suami ) yang berada di luar sana .. Mahukan rumah tangga yang aman dan tenteram .. Jom kita baca tips ini ..

  • Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri ..
  • Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional .. Bukan ikut perasaan .. Yang ikut perasaan biasanya si isteri ..
  • Tidak menyakiti hati isteri .. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk .. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda .. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia .. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni ..
  • Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran ..
  • Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar .. steri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh .. Begitu juga untuk diri anda sendiri ..
  • Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah .. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah ..
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama ..
  • Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah ..
  • Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya .. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami ..
  • Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat .. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin ..


Artikel ini diambil dari Zulkiflee Jusoh



p/s : Ikutilah tips ini ye para suami sekalian .. 
Tips ini amat berguna pada anda ..

Dah Raya ??

Assalamualaikum semua .. Korang sihat tak ?? .. Harap-harap sihat walafiat ye .. Dah lama aku tak mengUPDATE blog aku ni .. Harap korang yang suka mengunjungi blog aku ni tak marah kat aku ye .. Aku sangat buze semenjak masuk belajar ni .. Maklumlah dah nak habis belajar .. hehe .. Semakin naik sem semakin bertambahlah kepeningan .. Bertambah susah subjek yang aku dapat .. Semoga aku dapat mengharunginya .. Tak lupa jugak kepada member-member aku yang lain .. Semoga sukses ye ! .. Lagi 2 sem termasuk sem ini aku akan habis melanjutkan pelajaran di KPTM Batu Pahat .. Dan aku akan menjalani praktikal selama 6 bulan .. Selepas itu aku akan BEKERJA!! .. Sukanya .. Tak sabau-sabau rasanya nak menjalani hidup berdikari mencari wang secara sendiri .. yeepppiee!! ..

 

Aku bersyukur sangat hari ini dapat cuti .. Cuti umum sempena menyambut Hari Thaipusam 2011 ( Bukan raya aku ye .. hehe :D ) .. Selamat Menyambut Hari Thaipusam aku ucapkan kepada blogger-blogger dan orang ramai di luar sana yang beragama Hindu .. Kepada yang dapat cuti hari ini .. Selamat Bercuti .. hehe .. Dengar kata tak semua negeri kat Malaysia ini ambik cuti umum untuk Hari Thaipusam .. Member aku cakap Melaka tak dapat cuti .. Kesian ye member aku tu .. Harap jangan bersedih ye .. kihkih :P .. Nampaknya cuti lamalah aku .. huhu .. Aku dapat bercuti selama 4 hari .. Kerana esok tak ada kelas .. Ditambah dengan hari Sabtu dan Ahad yang memang cuti .. ye!!

Ini jelah yang aku dapat luahkan untuk entri ini .. InsyaAllah aku akan mengupdate lagi .. Harap korang bersabau .. Dah lama aku tak berblogwalking juga .. Kepada rakan-rakan follower aku .. Korang jangan marah kat aku kerana tak singgah blog korang ye .. Aku tak sempatlah .. Harap maklum .. Daa
MySpace

Saturday, January 8, 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu sebagai cahaya baginya,petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Hadis Riwayat Tabyinul Mahaarim)

....................................................................................................

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :

"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T antaranya :


  1. Orang lelaki yang sendirian tanpa membawa sesuatu ..

  1. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat ..

  1. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya ..

  1. Orang lelaki budak yang melarikan diri ..

  1. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya .. (TAUBAT)

  1. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya ..

  1. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung ..

  1. Orang imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya ..

  1. Orang yang suka makan riba ..

  1. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar ..
....................................................................................................

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hasan r.a berkata : 

"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu di anggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk"

 

Artikel diambil dari Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga

Dah tahap kebosanan yang teramat .. Nilah aku buat ..

Assalamualaikum semua .. Korang buat apa tu ?? .. Sihat tak ?? ( Banyak tanya pulak aku ni .. Heish ) .. Aku sebenarnya dah tahap kebosanan yang teramat sangat .. Tahap giley babi gaban .. Korang tolong aku .. Bagi idea untuk mengarang entri .. Dah kekeringan idea lorh .. Dah lama tak karang entri baru .. Sedih rasanya blog aku terbiar tidak berentrikan entri baru .. Sob sob T_T .. Bila kebosanan melanda .. Layan lagu jelah .. Masih mencari ilham untuk mengarang entri .. Jom layan lagu ni ! .. Best sangat ..
MySpace

Linkin Park - Waiting for the End


Lirik lagu :

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violet rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
Thats invisible there,
Cuz we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all dissapear.

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control ..

Flying at the speed of light
Thoughts we're spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go ..

(Oh!) I know what it takes to move on,
I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so ..

(Oh!) I know what it takes to move on,


I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone?
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And i don't even know what kind of things I've said
My mouth kept moving and my mind went dead
So, picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending Is starting again!!

All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what i haven't got ..

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violet rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em
(Holding on to what i haven't got)

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
Thats invisible there,
Coz we're living at the mercy of
The pain and th fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all dissapear
(Holding on to what i haven't got!)



p/s : Jom menyanyi sepuas-puasnya .. MySpace

Wednesday, January 5, 2011

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

Assalamualaikum semua ..
Ini merupakan entri kedua aku untuk hari ini ..
Entri kali ini aku nak buat untuk sertai GA dari Izamir Ridzwan ..
Atau dikenali dengan panggilan mesra IR ..
Aku kenal IR dalam dunia bloglah ..
Dia memang hebat ..
Blog dia baru berusia 2 bulan 3 minggu 6 hari ..
Tapi sudah mempunyai followers yang banyak ..
Memang hebat !!
Tahniah bro ..
Jom join GA IR ni ..
Klik link di bawah ini ..




Ok berbalik kepada GA ni .. Syarat-syaratnya adalah :

1) Mesti jadi follower blog Izamir Ridzwan .. Wajib kata IR .. Tipu dosa .. Masuk neraka ..

Dah lama aku jadi follower dia ..

2) Buat entri bertajuk "Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway" dan linkkan ke entri IR ..

Sudah ..

3) Mesti letak poster GA dalam entri dan sidebar ( linkkan ke entri ni juga ) korang ..

Baru nak letak .. hehe
Smartlah poster ni ..

4) Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan .. Kemudian, masuk blog rakan yang korang tagged tu, dan maklumkan di entri terbaru mereka yang mereka kena tagged dalam entri .. Jangan lupa kasi link sekali kat mereka .. Nanti susah pulak meraka nak cari kan ..

Mangsa TAG aku kali ini :
Rakan-rakan yang lain aku tak dapat TAG .. Maaf sangat-sangat .. T_T

5) Akhir sekali tinggalkan URL entri yang korang buat tu kat entri IR ..

Sudah ..



Syarat-syaratnya senang jekan .. Simple .. Jadi apa lagi korang .. Jom join ..


p/s : IR boleh tak bagi aku hadiah special .. Aku nak lain dari lainlah .. Bagilah laptop sejibik siap pendrive .. Baru masyuk beb !! .. hehe ( Gurau jelah )

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru


Assalamualaikum semua .. Sihat tak korang ? .. Dah lama aku tak berblogwalking .. hehe .. Aku pergi bercutilah .. Jalan-jalan rumah member .. Cuti sem pun dah nak habis .. Rugi tak pergi jalan-jalan .. Nanti kalau dah naik belajar .. Pehh dah tak ada masa pulak nak ke mana-mana .. hehe ..

Hari ini aku nak buat entri untuk sertai segmen dari ahsfantasy24.com .. Tuan tanah blog ini sebenarnya ingin menjejaki blogger-blogger newbie .. Khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300 .. hehe .. Aku boleh join lagilah .. ahsfantasy24.com telah membina page untuk diisikan oleh blogger-blogger newbie yang bertujuan bagi menaikkan trafik light dan meningkatkan follower blogger-blogger newbie ni .. Best segmen ni .. Jom join !! .. Klik link di bawah ini ..




Nak join mesti ada syarat-syaratnya :

1) Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang ..
  
Aku boleh joinlah .. Followers aku baru 298 .. Tapi aku berblog ini bukan untuk mencari followers yang ramai .. Aku ingin mencari rakan-rakan baru dan memperbaiki bahasa aku .. Jangan korang salah anggap kat aku ye ..
MySpace

2) Buat satu entri yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entri ahsfantasy24.com ..

Dah ..
MySpace

3) Tinggalkan link entri yang telah siap anda di ruangan komen entri ahsfantasy24.com ..


Dah ..


4) Tidak wajib untuk menjadi follower ahsfantasy24.com .. Tapi kalau korang mempunyai hati yang besar .. epp silap .. Kalau korang berbesar hati jadilah follower dia .. hehe


Aku dah jadi follower dia .. Blog dia best .. Tu yang aku follow tu .. hehe
MySpace


5) Tag 3 orang rakan ..

Kali ni aku nak TAG siapa ye ? ..
Sorry yang lain .. Tak dapat aku nak TAG ..
MySpace

6) Meminati dunia blogger dan tidak sombong ..


Aku memang minatlah .. Kenapa harus jadi sombong .. Tak baik sombong-sombong ni .. Jauhkan la ye .. hehe


Semua syarat telah aku selesaikan dengan jayanya .. haha ( Ayat tak boleh bla ) .. Selamat pagi .. Aku nak mencekik sarapan dulu ye .. Daa

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

    Assalamualaikum semua .. Korang buat apa tu ? .. Dah tahu berita tentang pemergian Faizal Yusof belum ? .. Kesiankan .. Baru ingat nak mintak TV3 buat cerita Adamaya 2 .. Heish .. Faizal Yusof dah tak ada pulak .. Jom doakan sama-sama agar rohnya dicucuri rahmat .. Dan diletakkan dengan orang-orang yang beriman .. AMIN .. Al-Fatihah

    Ok buang rasa sedih korang tu ye .. Tak baik sedih-sedih ni .. hehe .. Berbalik kepada tajuk .. Sebenarnya aku buat entri ni untuk memberikan AWARD yang aku cipta sendiri .. Simple je AWARD ni .. Tak cantik pun ( Tak cantik tak ape .. Asalkan kat hati ni ikhlas ) .. Aku nak berikan kepada semua followers aku yang setia dan sanggup menjadi followers aku .. Erm .. Yang bukan followers aku pun boleh ambiklah .. hehe .. Baru masuk 2 bulan aku berblog .. Alhamdulillah dah ramai kawan-kawan aku .. 

    Sempena Tahun Baru ni aku nak mintak maaf kat semua orang .. Tak kira blogger-blogger, facebooker-facebooker, pembaca-pembaca atau setakat yang godeh-godeh tengok sahaja blog aku ni .. Mintak maaf banyak-banyak kalau ada aku sakitkan hati korang .. Aku lebih gemar menggunakan perkataan untuk diri aku dengan 'AKU' .. So korang jangan ambik hati .. Harap maafkan .. hehe .. Aku berblog ini untuk mencari rakan bukan musuh .. 
    So kita enjoy berblog !!

    Belum habis lagi .. Sebelum aku tutup tirai entri ini .. Mesti ada syarat-syarat maut untuk AWARD ni ..

    1) Letak AWARD di entri .. Wajib .. Nak letak kat sidebar pun lagi bagus .. huhu

    2) Letakkan tajuk entri dengan "AWARD TAHUN BARU" .. Nak promote blog aku lagi cantik ! .. hehe

    3) Apakah azam korang Tahun Baru ini ? .. Letak banyak-banyak pun tak ape ..

    4) Tag 3 rakan atau lebih .. Lebih lagi baik ..

    Haa senang jekan .. Ambiklah AWARD ni dan bagi ke rakan-rakan anda ok .. Sampai sini sahaja .. Daa

    Azam aku Tahun Baru ini !!

    Diambil dari enchix Google

    Assalamualaikum semua ..
    Hari ini hari sabtu .. Ye ye ! .. Tahun Baru .. 
    Sihat tak korang .. Takkan tak sihat pulakkan Tahun Baru ni .. hehe .. 
    Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada blogger-blogger .. 
    Tak lupa juga kepada pembaca-pembaca blog .. hehe .. 
    Korang ada azam baru tak tahun 2011 ini .. 
    Aku banyak sangat azam pada tahun ini .. 
    Antaranya ialah :
    • Nak berjaya di dunia dan Akhirat .. Itu semestinya .. Siapa tak nakkan ..
    • Selepas berjaya .. Nak mempunyai kerjaya yang sepatutnya aku dapat setelah aku berpenat lelah belajar ..
    • Kahwinlah .. haha .. ( Main-main jelah .. Memang nak kahwin tapi 5 tahun lagi kot .. hehe )
    • Mengubah diri ke arah yang positif .. Lebih kepada kematanganlah ..
    • Belajar menghormati orang .. 
    • Mudah memaafkan .. 
    • Belajar menjaga hati orang .. 
    • Lebih menghormati Mak dan Bapak aku .. Ikut cakaplah senang kata ..
    • Nak tenangkan diri .. Tak nak kusut-kusut ..
    • Selagi ada ilmu .. Belajar betul-betul .. Nak score dekan kali ini .. InsyaAllah .. AMIN ..
    • Paling aku nak berazam .. Nak berjimat .. Tak nak boros ke sana ke sini .. ( Nak kahwin dah .. Kumpul dari sekarang .. hehe )
    • Paling sangat-sangat aku kehendaki ialah nak .. KURUS !
    • Untuk blog aku ni .. Aku akan simpan hingga ke akhir hayat .. Walaupun suatu hari nanti aku stop dari berblog tapi tak bermakna aku stop selamanya .. Semangat blog tetap ada ! ..
    • Dan banyak lagilah azam aku pada Tahun Baru ni ..


    p/s : Jom berubah sama-sama .. Buang yang keruh ambil yang jernih !