Assalamualaikum ..
Dan selamat tengahari uoll ..
Korang dah lunch belum . ?
Sebelum korang baca kisah ini dengan lebih lanjut ..
Baik makan dulu ..
Nanti sakit siapa susah ..
hehehe ..
Berlakunya kejadian ini di Georgetown ..
Enam pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) telah dicabul oleh seorang pengarah ..
astaghfirullahalazim !!
Untuk kisah selanjutnya ..
Baca artikel di bawah ini !
GEORGETOWN: Seorang pengarah sebuah syarikat bertindak licik kononnya mampu menawarkan markah tinggi bagi penilaian latihan amali disyarikatnya sebelum mengambil kesempatan mencabul enam pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini, kelmarin.
Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki lingkungan 50-an itu, enam mangsa terbabit bersepakat membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.
Difahamkan, semua mangsa berusia 20-an itu ditawarkan penilaian baik dan markah tinggi asalkan mereka mengikut kehendak pengarah syarikat terbabit.
Menurut sumber, semua pelajar itu baru memulakan latihan amali di syarikat terbabit.
Katanya, terbabit turut menjanjikan kenaikan elaun latihan jika pelajar terbabit dapat memenuhi tuntutan nafsu serta arahannya.
“Difahamkan, mereka semua pelajar jurusan perakaunan yang membuat latihan amali di syarikat yang menyediakan latihan untuk menjadi kru penerbangan.
Untuk berita selanjutnya .. Silalah beli akhbar Harian Metro pada hari ini !