Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua .. Korang hari ini dapat cuti tak ? .. hehe .. Mesti ada yang tak dapat cutikan .. Pekerja swasta mesti tak dapat .. Kalau macam aku student dapatlah .. Sukanya .. I like cuti ( Bapak gedik ) .. Emm .. Tapi korang yang tak cuti tu jangan mengeluh pulak pada hari yang penuh bermakna ini ..



Hari ini merupakan hari menyambut Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W .. Atau dikenali sebagai Maulidur Rasul .. Hari yang penuh bermakna bagi seluruh umat Islam di muka bumi ini .. Kepada saudara dan saudariku yang seagama denganku .. Mari kita memperbanyakkan berselawat .. Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T .. Amin ..



Jangan kita tinggalkan solat lima waktu .. Solat itu merupakan tiang agama bagi kita yang beragama Islam .. Tanpa tiang itu kita akan musnah .. Kita tidak nampak kesannya keatas kita di muka bumi ini .. Ia akan ditunjukkan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak .. Golongan-golongan ini akan menerima azab yang lebih perit .. Subhanallah .. Harap aku tidak digolongkan dengan golongan-golongan itu ..




Tadi ramai rakan-rakan aku bertanya .. " Kau pergi berarak tak ? " .. Tentang tu .. Maaflah .. Aku tak dapat hadirkan diri untuk berarak bersama-sama .. Memang teringin sangat .. Tapi tak kesampaian pula .. Next time InsyaAllah aku pergi :) ..




p/s : Selamat Menyambut Maulidur Rasul ~

4 comments:

King Of Single said...

emm bestlaa...

kat sini sunyi sepi je ..
xde sbarang perarakan..huhu.

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam maulidur rasul =)

encHIx laNDax said...

ape seyh anak imam x berarak =P

Sallehudin Said said...

landax bukan aku taknak pergi ..
cume tak sempat la ..
haha ..
mcm kau pergi je ..