Tuesday, May 24, 2011

Kita doakan Al-Fatihah kepada Arwah Nor Izzyan Natasya Ishak

Assalamulaikum ..
Selamat pagi uoll ..

=======================================================================

MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.


Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.


Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.


“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.


“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.


Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.


“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.


“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.


Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.


“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.


“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.


Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah.





Artikel diambil di MyMetro

Monday, May 23, 2011

Angry Bird di Chrome

Assalamualaikum dan selamat pagi ..
Hai uoll ..

Hari ni cuaca agak redup .. Taklah panas macam semalam .. Alhamdulillah ..

Entry kali ini aku nak cerita sikitlah .. Sikit je .. Tak panjang pun .. hehe ..

Anda berasa bosan .. Bosan berfacebook .. Atau bosan ape-ape sahaja .. Bukak internet tapi tak tahu nak buat ape .. Ada jalan penyelesaiannya .. Ini bagi diri akulah .. Tak tahu diri anda di luar sana .. hehe .. Jom main Angry Bird .. Tak payah download .. Just masuk ke link ini anda boleh main Angry Bird secara online .. Ok aku nak start main ni .. 



Just review for everyone ..

selamat malam uoll =)

Assalamualaikum ..
Selamat malam uoll ..

Aku nak start dengan apa yek .. Emm .. Ok .. Alhamdulillah dan syukur kerana aku telah habis dari menjalani peperiksaan akhir pada semester ini .. Rasa terlepas dari beban yang berat .. Tentang paper pulak .. Alhamdulillah bolehlah .. Aku berharap dapat yang terbaik .. Kepada pensyarah-pensyarah aku .. Aku mintak maaf kerana tak dapat nak mintak maaf .. Paham tak korang ? .. hehe .. Miss dan Sir .. Saya nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, kalau saya ada buat silap atau terlepas kata-kata .. Mintak maaf banyak .. Harap Miss dengan Sir dapat mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan .. Tanda paper tu elok-elok tau .. Bagi full mark ok jugak .. bhahaha .. Kepada rakan-rakan aku .. Aku pun nak mintak maaf kalau aku ada buat salah dekat korang .. Sakit hati ke .. hehe .. Berdoalah banyak-banyak ok .. Harap korang dapat yang terbaik dari terbaik .. Cuti-cuti ni kalau ada projek .. Jangan lupakan aku .. Itu jelah untuk malam ni .. Jap-jap .. Lastly, followers dan readers jangan marah dekat aku tau .. Aku tau blog ini dah bersawang .. Kalau aku rajin aku akan update dari semasa ke semasa =)




Nukilan untuk tantapan umum ..